Share/Bookmark

Sayyid Muhammad Alawi Al-Maliki r.a.

No comment yet
Foto Saya - TOKOH PANUTAN UMAT
Foto 7 dari 31 Kembali ke Album · Koleksi Foto Saya
SebelumnyaSelanjutnya



Biodata Sayyid Muhammad Alawi Al-Maliki r.a.

Nama beliau ialah Sayyid Muhammad ibn 'Alawi ibn 'Abbas ibn Abdul Aziz Al-Maliki Al-Hasani. Beliau berasal dari keturunan Sayyid Idris Al-Azhar ibn Idris Al-Akbar ibn Abdullah Al-Kamil ibn Hasan Al-Muthanna ibn Sayyidina Hasan r.a. ibn Saiyidina Ali k.r.w., suami kepada Saidatina Fatimah r.a. binti Rasulullah s.a.w.

Beliau dilahirkan dirumah ayahandanya, di Babus Salam, Makkah Al-Mukarramah pda tahun 1365 Hijrah bersamaan dengan 1946M. Keluarga beliau mendapat gelaran Al-Maliki kerana salah seorang nendanya dilantik menjadi Mufti Mazhab Maliki di Makkah Al-Mukarramah pda zaman pemerintahan Syarif 'Aun.

Beliau merupakan anak, bahkan cucu kepada ulama-ulama besar di Makkah Al-Mukarramah. Ayahandanya Sheikh Syed 'Alawi ibn 'Abbas Al-Maliki merupakan seorang ulama' besar di Makkah Al-Mukarramah, begitu juga datuknya 'Abbas ibn Abdul Aziz Al-Maliki.

Pendidikan Sheikh Muhammad 'Alawi Al-Maliki r.a.




Beliau memulakan pendidikan awalnya di Madrasah Al-Falah dan Madrasah Tahfiz Al-Qur'an dan pengajian-pengajian tidak formal di dalam halaqah-halaqah pengajian ilmu di Masjid Al-Haram daripada ulama'-ulama' besar Makkah Al-Mukarramah.

Seterusnya, beliau melanjutkan pengajiannya di India ketika usianya mencecah 20 tahun. Di sana, beliau tinggal bersama Sheikh Muhammad Ali Zainal di Bombay. Beliau juga sempat belajar di Pakistan dengan Mufti Pakistan pda ketika itu, iaitu Sheikh Muhammad Syafi'e dan sebagainya.

Beliau juga pernah belajar di Libya. Di sana, beliau belajar di Ma'ahad Al-Azhari dan seterusnya menyambungkan pengajiannya di Universiti Al-Azhar di Mesir.

Kemudian, beliau terpaksa pulang semula ke Makkah Al-Mukarramah untuk menjaga ayahandanya yang tidak berapa sihat. Beliau seterusnya menyambung pengajiannya di Kuliah Syariah Universiti di Makkah.


Namun, setelah tamat pengajian beliau di Makkah, beliau kembali menyambung pengajiannya di Al-Azhar di peringkat Master dan Ijazah Kedoktoran. Beliau akhirnya mendapat keputusan MUMTAZ (amat cemerlang). Tesis karangan beliau mendapat pujian daripada ulama'-ulama' besar Al-Azhar.




Guru-guru Sheikh Muhammad 'Alawi Al-Maliki r.a.:




Di antara guru-guru dan pembimbing beliau adalah:

Dari Makkah dan Madinah(antaranya):




Ayahandanya Sayyid 'Alawi bin 'Abbas Al-Maliki

Sheikh Muhammad Yahya ibn Aman Al-Maliki

Sheikh Muhammad Al-'Arabi ibn Tabbani Al-Maliki

Sheikh Hasan ibn Sa'id Yamani Al-Maliki

Sheikh Hasan ibn Muhammad Al-Mashsyat

Sheikh Muhammad Yaasiin ibn Isa Al-Fadani

Al-Habib Hasan ibn Muhammad Fad'aq

Al-Habib Abdul Qadir ibn 'Aidarus Al-Bar





Dari Hadramaut (antaranya):

Al-Habib Umar ibn Ahmad Sumait

Al-Habib 'Alawi ibn Abdullah Al-Tarimi

Al-Habib Muhammad ibn 'Alawi ibn Syihab

Al-Habib Abdul Rahman ibn Abdullah Al-Attos'

Al-Habib Masyhur ibn Toha Al-Haddad





Dari Mesir (antaranya):




Sheikh Al-Syarif Muhammad Al-Hafiz Al-Tijani Al-Misri

Sheikh Hasanain ibn Muhammad Makhluf (Mufti Mesir)

Sheikh Soleh ibn Muhammad Al-Ja'fari (Imam Besar Masjid Al-Azhar)

Sheikh Amin ibn Mahmud Khattob As-Subki

Sheikh Muhammad ibn Abdullah Al-'Aquri





Dari Indonesia (antaranya):

Al-Habib Ali ibn Abdul Rahman Al-Habsyi

Al-Habib Ali ibn Husein Al-'Attos

Al-Habib Hamid ibn Muhammad Al-Sari

Al-Habib Sheikh ibn Salim Al-'Attos

Al-Habib Abdul Rahman ibn Abdullah Al-Habsyi Al-Falembani





Dari Syam (antaranya):




Sayyid Al-Syarif Muhammad Al-Makki ibn Muhammad Al-Kattani

Sheikh Hasan ibn Muhammad Al-Maidani

Sheikh Abdul Aziz ibn Muhammad Ali Al-Sud

Sheikh Muhammad Soleh ibn Abdullah Al-Farfur Al-Hasani

Al-Tobib Sheikh Muhammad Abu Yusr ibn Muhammad Al-Husaini (Mufti Syam)





Dari Moroco (antaranya):




Sheikh Al-Syarif Abdul Kabir ibn Muhammad Al-Soqali

Sheikh Sayyid Abdullah ibn Muhammad Al-Ghumari Al-Maghribi

Sayyid Abdul Aziz ibn Muhammad Al-Ghumari Al-Maghribi

Sheikh As-Syarif Muhammad Al-Muntasir ibn Muhammad Al-Zamzami




Dari India dan Pakistan (antaranya):

Sheikh Muhammad Zakaria ibn Muhammad Yahya Al-Kandahlawi Al-Madani (Sheikh Hadis di Saharanfur)

Sheikh Habib Al-Rahman ibn Muhammad Sobir Al-A'azomi (Sheikh Hadis di Mazar Al-Ulum, Madras)

Sheikh Al-Sayyid Muhammad Yusuf ibn Muhammad Zakaria Al-Bannuri (Sheikh Hadis di Karaci)

Sheikh Muhammad Syafi'e ibn Muhammad Yasiin Al-Uthmani Al-Deobandi (Mufti Pakistan)

Sheikh Zafar Ahamd Al-Uthmani Al-Tahanawi Al-Hindi

Sheikh Muhammad Ibrahim Al-Balyawi




Masih banyak lagi para pembimbing dan guru Sheikh Sayyid Muhammad 'Alawi Al-Maliki namun tidak termampu untuk disenaraikan di ruang yang sangat padat ini. Semoga Allah merahmati mereka sekalian. Amin.


Kegigihan Beliau dalam Bidang Pendidikan


Sayyid Muhammad Al-Maliki merupakan seorang penyebar dakwah yang sangat gigih, disamping juga sebagai seorang murobbi. Beliau tetap keluar untuk mengajar sekalipun dalam keadaan tidak sihat atau ketika demam.




Kesungguhan beliau tergambar pada kata-kata anak-anak muridnya seraya berkata: "Ustaz (Sayyid Muhammad Al-Maliki) lebih tekun daripada anak muridnya sendiri".

Beliau juga sentiasa memberi galakan kepada anak-anak muridnya supay gigih dalam menuntut ilmu pengetahuan. Disamping itu, beliau turut memuliakan ilmu. Beliau sering berkata bahawa:

"Saya tidak akan menerima seseorang itu belajar dengan saya kecuali dengan isyarat."

Disamping itu juga, beliau merupakan seorang yang amat memuliakan gur-gur dan para ulama'. Beliau sering mengingatkan para muridnya dengan perkataan Sheikh Al-Habib Abdullah ibn 'Alawi Al-Haddad: "Tidaklah seseorang itu dinamakan sheikh insan kecuali orang yang telah terhimpun hatinya dengan gurunya hinggakan dia tidak melihat seseorang yang lebih afdal daripada gurunya itu. Maka, yang demikian itu memberikan manfaat kepadanya."




Beliau juga turut mengasihi anak-anak muridnya sehinggakan beliau tidak membenarkan mereka memanggilnya dengan panggilan "sheikh" atau "ustaz" tetapi menyuruh mereka memanggilnya dengan panggilan "Abuya" (bererti, bapaku), untuk mengeratkan hubungan kasih sayang sesamanya dengan para muridnya.




Ketinggian Peribadi Beliau dan Pengabdian Beliau kepada Allah s.w.t.

Beliau merupakan seorang yang sangat zuhud dalam setiap aspek kehidupan. Beliau menolak keseronokan di dunia dan perhiasannya dan hidup dalam keadaan penuh tawadduk dan rendah diri. Beliau juga sentiasa berkhidmat kepada umat Islam yang memerlukan khidmatnya.

Beliau pernah memohon untuk berundur diri dari jawatan pensyarah di Universiti Ummul Qura. Beliau juga sentiasa mengerjakan solat jema'ah dan solat tahajjud.




Terbenamnya Matahari Ilmu Ahlus Sunnah wal Jamaah




Sesungguhnya, pemergian beliau pada 15 Ramadhan 1425 H, benar-benar merupakan suatu kehilangan yang amat menyedihkan umat Islam. Ini kerana, beliau pergi bertemu dengan Allah s.w.t. sewaktu beliau masih lagi diperlukan oleh umat Islam. Sungguhpun perjuangan beliau disambung oleh para pewaris ilmunya, namun, beliau sesungguhnya tiada tolak bandingnya dari sudut pendidikan dan tarbiah.

Pada hari tersebut, rumah beliau di penuhi oleh lebih 600 para penuntut ilmu, yang mengikuti pengajian akhir beliau. Lebih kurang 2 jam selepas majlis pengajian beliau yang berakhir pada pukul 2.00 pagi, beliau pulang ke rahmatullah dalam keadaan yang tenang, bagaikan seorang kekasih menemui sang kekasihnya. Jenazah beliau diiringi oleh lebih 200 000 orang, yang mana kebanyakkannya dari kalangan anak murid beliau.

Jenazah beliau disembahyangkan di Masjid Al-Haram, dan kemudiannya, jenazah beliau dikebumikan di Perkuburan Ma'la. Sepanjang perjalanan ke sana, kedengaran bacaan tahlil dan takbir dengan kuat mengiringi jenazah beliau di samping tangisan pencinta-pencinta beliau di atas pemergiannya.








Semoga Allah s.w.t. memcucuri rahmat ke atas roh beliau dan menempatkan beliau bersama junjungan besar kita, nendanya Rasulullah s.a.w. Semoga Allah s.w.t. juga membalas jasa beliau atas segala jasa yang dicurahkan oleh beliau kepada umat Islam

Poskan Komentar

HOME | ABOUT

Copyright © 2011 PERMATA HATI | Powered by BLOGGER | Template by 54BLOGGER