Share/Bookmark

Al-Habib Abdul Qadir Bin Ahmad Ass-Seqaf

No comment yet

Mengenang Al-Habib Abdul Qadir Bin Ahmad Ass-Seqaf

Kepergian Al Allamah Al Habib Abdul Qodir Bin Ahmad Asseqaf pada Ahad 19 Rabi’ul Akhir 1431 H dini hari, bersamaan 4 April 2010 M, membawa berita yang teramat sedih kepada keluarga besar ‘Alawiyyin dan para Muhibbin khususnya dan kaum Muslimin umumnya. Beliau kembali ke rahmatullah sebelum waktu Fajar di Jeddah, Arab Saudi.
Berikut Manaqib Singkat beliau untuk mengenang Beliau sekaligus agar kita bisa mencontoh kemulian pribadi beliau.
Beliau adalah al-Habib ‘Abdul Qadir bin Ahmad bin ‘Abdurrahman bin ‘Ali bin ‘Umar bin Saqqaf bin Muhammad bin ‘Umar bin Thoha as-Saqqaf. Dilahirkan di kota Sei`un atau Seiwun, Hadramaut pada bulan Jumadilakhir 1331H/1911M.
Ayahanda beliau adalah seorang ulama ‘arifbillah. Dan begitu juga dengan Ibunda beliau, asy-Syarifah ‘Alawiyyah binti al-Habib Ahmad bin Muhammad al-Jufri, seorang wanita sholehah yang suka pada kebajikan. Beliau dibesarkan di keluarga Nabawiy yaitu ayahanda dan ibunda yang sholeh sehingga sejak kecil beliau telah dihiasi dengan hidayah dan ketakwaan. Ayahanda beliau, al-Habib Ahmad bin ‘Abdurrahman as-Saqqaf adalah merupakan seorang ulama terkemuka di Hadhramaut yang merupakan murid kepada al- ‘Arifbillah al-Habib Ali bin Muhammad al-Habsyi, penyusun Simthud Durar. Dan guru beliau, al-Habib ‘Ali bin Muhammad al-Habsyi pernah berkata: ” Al-Habib Ahmad bin ‘Abdurrahman adalah Imam Wadi al-Ahqaf (Hadhramaut).”
Ketika ibunda beliau sedang mengandung dan melahirkan bayi laki-laki, bayi tersebut telah diberi nama ‘Abdul Qadir atas isyarat daripada al-Habib Ali bin Muhammad al-Habsyi, namun tidak lama kemudiannya bayi tersebut meninggal dunia. Tatkala Syarifah ‘Alawiyyah mengandung lagi dan melahirkan seorang bayi laki-laki, al-Habib ‘Ali bin Muhammad al-Habsyi juga mengisyaratkan agar bayi tersebut diberi nama Abdul Qadir. Dan al-Habib ‘Ali bin Muhammad al-Habsyi mengatakan bahwa bayi ini kelak akan menjadi orang yang mulia yang mengabdikan hidupnya untuk taat kepada Allah dan menjadi seorang yang dihiasi dengan ilmu, amal dan ihsan.
Ayahanda beliau wafat setelah menunaikan sholat ‘asar, petang hari Sabtu, 4 Muharram 1357 H. Dan Ibunda beliau wafat pada 23 Rajab 1378 H yaitu bersamaan dengan hari kewafatannya al-Habib Salim bin Hafidz bin ‘Abdullah, yaitu datuknya Guru Mulia al-Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz.
Selain daripada belajar dengan ayahandanya beliau juga belajar dari guru-guru lain, diantaranya: Syeikh Taha bin Abdullah Bahamid. Syeikh Hasan bin ‘Abdullah Baraja, ketika di Madrasah an-Nahdhatul ‘Ilmiyyah. Dari guru beliau ini, beliau menghafal al-Qur’an serta menguasai Qira ’ah as-Sab’ah. Al-Habib Umar bin Hamid bin Umar As-Saqqaf. Al-Habib ‘Umar bin ‘Abdul Qadir bin Ahmad as-Saqqaf. Al-Habib ‘Abdullah bin Aidarus al-Aidarus. Al-Habib ‘Abdullah bin ‘Alwi al-Habsyi. Al-Habib Hussain bin ‘Abdullah bin ‘Alwi al-Habsyi. Al-Habib ‘Abdul Baari bin Syeikh al-Aidarus .Al-Habib Muhammad bin Hadi as-Saqqaf. Al-Habib ‘Abdullah bin Umar bin Hamid as-Saqqaf. Al-Habib Hasan bin Ismail bin as-Syeikh Abi Bakar bin Salim. Al-Habib Hamid bin ‘Alwi al-Bar dan masih banyak lagi.
Dan Murid-murid beliau diantaranya: as-Sayyid Muhammad bin ‘Alawi al-Maliki. Al-Habib Zein bin Ibrahim bin Sumaith. Al-Habib Salim bin ‘Abdullah bin ‘Umar asy-Syathiri. Al-Habib Abu Bakar al-Adni bin ‘Ali al-Masyhur. Al-Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz ibn Syeikh Abu Bakar bin Salim. Al-Habib ‘Ali bin ‘Abdurrahman al-Jufri. Al-Habib Muhammad bin ‘Abdurrahman as-Saqqaf.
Diantara Teman-teman beliau yang telah pergi mendahului beliau, Adalah, Al-Habib Ahmad Masyhur bin Thoha al-Haddad. Al-Habib ‘Abdurrahman bin Ahmad al-Kaf. Al-Habib Abu Bakar Atthas bin Abdullah al-Habsyi. Syeikh Umar Khatib.
Habib Abdul Qadir adalah seorang ulama dan dai yang menjalankan dakwahnya dengan penuh kebijaksanaan. Akhlaknya yang tinggi mampu menawan hati sesiapa saja, ilmu, wara’ dan akhlaknya menyebabkan beliau dikasihi dan dihormati. Kabarnya Buya Hamka pernah ziarah kepada beliau sewaktu di Jeddah, dan setelah berbincang dengan beliau, akhirnya Buya Hamka mengakui bahwa Baitun Nubuwwah Bani Zahra min Ali masih wujud dan berkesinambungan dalam darah para saadah Bani ‘Alawiy.
Beliau telah lama uzur. Dan sebelum Fajar hari Ahad, 19 Rabi ’al-Akhir 1431 H bersamaan 4 April 2010, beliau kembali ke Rahmatullah di Jeddah. Beliau menutup umur pada usia 100 tahun. Dan Dishalatkan di Masjidil Haram Makkah selepas shalat Isya, Ahad 4 April 2010.
Selamat Jalan Imam dan Khalifah para habaib di dunia.. Khalifah para habaib terus silih berganti dari generasi ke generasi mengemban beban luhur..

Poskan Komentar

HOME | ABOUT

Copyright © 2011 PERMATA HATI | Powered by BLOGGER | Template by 54BLOGGER